Felda

10 August 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

 

Selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan. Moga ramadhan tahun ini dapat disempurnakan seperti tahun - tahun yang sudah dan juga diberkati, aminn.

Jangan lupa kepada saudara muslim, datanglah singgah di bazar ramadhandi gugusan adela, bazar terletak di pusat bandar sening, pelbagai juadah boleh di beli dan yang istiwema murtabak ramadhan. Sekali beli pasti akan terus beli lagi dan makan, memang tidak rugi.

Murtabak yang sedang di masak



Murtabak yang sedia untuk di jual

SELAMAT DATANG TUANKU


Pada 9 Ogos 2010 Kembara Mahkota Johor telah datang ke bumi Felda Kledang. Baginda hadir untuk meninjau kawasan Felda Kledang dan ingin melihat sendiri kenapa Kledang boleh memenangi Kejuaraan Felda terceria dan disamping itu untuk beramah mesra dengan warga Felda pada keseluruhannya.



Baginda jugak berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Blok terceria bagi kawasan Felda Kledang yang dimenanggi oleh Blok 4.


Tuanku Sultan beramah dengan rakyat


Tengku Mahkota bersama adindanya

 Keberangkatan pulang warga kembara mahkota

Setinggi ucapan Terima Kasih kerana Tuanku sudi datang ke tempat seperti ini.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku