Logo himpunan-felda.blogspot.com
10 November 2012
05 November 2012
DURIAN RUNTUH FASA KE 3
Sekadar hiasan
Pada 10hb nie sempena hari Jambori Anak Felda Generasi Ke Dua. Apa yang telah dijanjikan akan ditepati, iaitu durian runtuh untuk golongan anak - anak felda. Yang mana sebelum ini durian runtuh telah diperolehi sebanyak Rm 5000 bagi peneroka dan Rm 5000 lagi bagi penerokawati.
Sekarang giliran anak - anak peneroka pula untuk mendapat durian runtuh sebanyak Rm 5000 yang akan dibagi sama rata. Durian runtuh ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban di ujung tahun. Maklumla ujung tahun sudah dekat, ada yang mahu melangsungkan perkahwinan, ada yang mahu bertunang dan ada yang mahu mengkhatan kan anak.
Alhamdulillah, Syukur....
Janji Ditepati bukan Janji Dimungkiri
31 July 2011
SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN
Murtabak yang sedang di goreng.
Ramadhan datang lagi, bila datang ramadhan bererti ada la pula bazar ramadhan, bila ada bazar ramadhan maka adalah gerai Murtabak Ramadhan Wak Kusni,.. Jangan lupa ye pada yang tinggal berdekatan, singgah - singgah la ke gerai kami. Murtabaknya memang sedap dan harga pun berpatutan.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Klik sini untuk ke FB Murtabak Ramadhan Wak Kusni.....
08 July 2011
SAMBUTAN HARI PENEROKA 2011 DAN TAHNIAH FELDA TUNGGAL
Sambutan hari peneroka pada tahun ini disambut di Felda Jengka Pahang, sempena sambutan ini di umumkan juga juara bagi Anugerah Kecerian Kampung Felda dan buat 4 tahun berturut di menanggi Felda dari negeri Johor iaitu Felda Tunggal. Untuk makluman Felda Tunggal terletak di dalam kawasan Gugusan Felda Adela yang terdiri dari 4 Felda iaitu Felda Adela, Felda Sening, Felda Kledang ( juara AKKF tahun 2010 ) dan Felda Tunggal.
05 July 2011
19 January 2011
PUTERI KE 2
Rasiqah Nuradawiyah lahir pada 15.12.2010 0438hrs berat 3.3kg. Mumy dan Dady akan pastikan Siqah dapat membesar dengan sempurna, sihat dan segalanya selamat dengan izin Allah s.w.t. Amin,..
09 November 2010
KARNIVAL IKTIRAF
Pada 29hb 10 2010 hingga 31hb 10 2010 yang lepas telah pun berlangsung karnival iktiraf, karnival ini akan menjelajah ke seluruh felda di Malaysia yang mana di peringkat negeri Johor, Felda Kledang dipilih menjadi tuan rumah.
Sungguh meriah karnival yang diadakan, terima kasih kepada pihak kerajaan kerana mengganjurkan karnival tersebut.
untuk gambar yang lain - lain sila klik disini
Subscribe to:
Posts (Atom)











