Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts
27 August 2014
JUARA AKKF 2014
Tahniah diucapkan kepada peneroka Felda Mata Air Perak kerana menjadi juara pertandigan AKKF 2014. Dengan kemenangan ini maka tamatlah penguasaan dari Felda Negeri Johor. Kerana semenjak bermulanya pertandingan ini dari tahun 2008, kesemua pemenang tempat pertama datangnya dari Negeri Johor.
2008 - Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor.
2009 - Felda Ulu Belitong, kluang, Johor.
2010 - Felda Kledang, Kota Tinggi, Johor.
2011 - Felda Tunggal, Kota Tinggi, Johor.
2012 - Felda Nitar 2, Mersing, Johor.
2013 - Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor.
2014 - Felda Mata Air, Padang Besar, Perlis.
26 September 2013
08 August 2013
09 July 2013
RAMADAN MENJELMA KEMBALI..
Pelangan beratur untuk membeli Murtabak Ramadan Wak Kusni
Ramadan menjelma kembali, begitu juga bazar ramadan. Jangan lupa untuk membeli Murtabak Ramadan Wak Kusni di bazar ramadan Felda Sening, Kota Tinggi, Johor.
10 November 2012
05 November 2012
DURIAN RUNTUH FASA KE 3
Sekadar hiasan
Pada 10hb nie sempena hari Jambori Anak Felda Generasi Ke Dua. Apa yang telah dijanjikan akan ditepati, iaitu durian runtuh untuk golongan anak - anak felda. Yang mana sebelum ini durian runtuh telah diperolehi sebanyak Rm 5000 bagi peneroka dan Rm 5000 lagi bagi penerokawati.
Sekarang giliran anak - anak peneroka pula untuk mendapat durian runtuh sebanyak Rm 5000 yang akan dibagi sama rata. Durian runtuh ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban di ujung tahun. Maklumla ujung tahun sudah dekat, ada yang mahu melangsungkan perkahwinan, ada yang mahu bertunang dan ada yang mahu mengkhatan kan anak.
Alhamdulillah, Syukur....
Janji Ditepati bukan Janji Dimungkiri
08 July 2011
SAMBUTAN HARI PENEROKA 2011 DAN TAHNIAH FELDA TUNGGAL
Sambutan hari peneroka pada tahun ini disambut di Felda Jengka Pahang, sempena sambutan ini di umumkan juga juara bagi Anugerah Kecerian Kampung Felda dan buat 4 tahun berturut di menanggi Felda dari negeri Johor iaitu Felda Tunggal. Untuk makluman Felda Tunggal terletak di dalam kawasan Gugusan Felda Adela yang terdiri dari 4 Felda iaitu Felda Adela, Felda Sening, Felda Kledang ( juara AKKF tahun 2010 ) dan Felda Tunggal.
05 July 2011
09 November 2010
KARNIVAL IKTIRAF
Pada 29hb 10 2010 hingga 31hb 10 2010 yang lepas telah pun berlangsung karnival iktiraf, karnival ini akan menjelajah ke seluruh felda di Malaysia yang mana di peringkat negeri Johor, Felda Kledang dipilih menjadi tuan rumah.
Sungguh meriah karnival yang diadakan, terima kasih kepada pihak kerajaan kerana mengganjurkan karnival tersebut.
untuk gambar yang lain - lain sila klik disini
10 August 2010
SELAMAT DATANG TUANKU
Pada 9 Ogos 2010 Kembara Mahkota Johor telah datang ke bumi Felda Kledang. Baginda hadir untuk meninjau kawasan Felda Kledang dan ingin melihat sendiri kenapa Kledang boleh memenangi Kejuaraan Felda terceria dan disamping itu untuk beramah mesra dengan warga Felda pada keseluruhannya.
Baginda jugak berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Blok terceria bagi kawasan Felda Kledang yang dimenanggi oleh Blok 4.
Tuanku Sultan beramah dengan rakyat
Tengku Mahkota bersama adindanya
Keberangkatan pulang warga kembara mahkota
Setinggi ucapan Terima Kasih kerana Tuanku sudi datang ke tempat seperti ini.
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
12 July 2010
TAHNIAH FELDA KLEDANG
Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Felda Kledang kerana telah berjaya mendapat anugerah keceriaan kampung tahun 2010 dan membawa pulang Rm 1 000 000.
Tidak sia - sia usaha selama 6 bulan yang di saat akhir membuahkan hasil. Diharap pada yang tidak berjaya jangan lah mengata pulak, tetapi jadikanlah Felda Kledang sebagai contoh untuk berjaya pada pertandingan tahun hadapan.
Setelah 3 tahun pertandingan di adakan, nampaknya kesemuanya dimenanggi Felda dari negeri Johor. Kali pertama di adakan pada tahun 2008 dimenangi oleh Felda Semenchu, manakala kali kedua pada tahun 2009 dimenangi pula Felda Ulu Belitong. Dengan kemenagan ini maka selama 3 tahun Felda Kledang tidak dibenarkan memasuki pertandingan keceriaan kampung, ini bagi memberi peluang kepada Felda yang tidak berjaya untuk memenangginya pada tahun akan datang.
Tahniah sekali lagi saya ucapkan... Dan tahniah kepada warga Felda Negeri Johor kerana mempertahankan kejuaraan..
Subscribe to:
Posts (Atom)















