Felda

12 July 2010

TAHNIAH FELDA KLEDANG


Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Felda Kledang kerana telah berjaya mendapat anugerah keceriaan kampung tahun 2010 dan membawa pulang Rm 1 000 000.

Tidak sia - sia usaha selama 6 bulan yang di saat akhir membuahkan hasil. Diharap pada yang tidak berjaya jangan lah mengata pulak, tetapi jadikanlah Felda Kledang sebagai contoh untuk berjaya pada pertandingan tahun hadapan.

Setelah 3 tahun pertandingan di adakan, nampaknya kesemuanya dimenanggi Felda dari negeri Johor. Kali pertama di adakan pada tahun 2008 dimenangi oleh Felda Semenchu, manakala kali kedua pada tahun 2009 dimenangi pula Felda Ulu Belitong. Dengan kemenagan ini maka selama 3 tahun Felda Kledang tidak dibenarkan memasuki pertandingan keceriaan kampung, ini bagi memberi peluang kepada Felda yang tidak berjaya untuk memenangginya pada tahun akan datang.


Tahniah sekali lagi saya ucapkan... Dan tahniah kepada warga Felda Negeri Johor kerana mempertahankan kejuaraan..

No comments:

Post a Comment